Seekor tiram mutiara akan menjadi tiram yang tak memiliki nilai
apa pun bila tak ada mutiara di dalam cangkangnya. Tahukah
bagaimana caranya seekor tiram dapat menghasilkan sebutir
mutiara yang indah? Di dalam cangkangnya yang keras dipaksa-
kan masuk sebuah benda asing untuk mengganggunya. Bagi
tiram benda asing itu menyebabkan iritasi dan rasa sakit. Begitu
pula musibah yang menimpa manusia, semakin berat musibah
yang menimpanya kelak akan menghasilkan mutiara yang semakin
besar dan indah pula. Kesabaran itu pahit untuk dikecap tapi kelak
akan membuahkan keindahan yang tak ternilai.
Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima
segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati
yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam
menghadapi kesulitan hidup. Setiap mukmin yang beriman pada
Allah imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya
itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada
balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan
bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala
semasa di dunia. Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai
hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah
yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian
yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang
yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba
yang dibenci serta jauh dari rahmat Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,
”Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah
Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu
mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang
itu akan mendapat balasan syurga.”
(Riwayat Bukhari)
DONE..ADIOS AMIGOS...
kesiannyer si tiram...:D
BalasPadamhehehhe....
BalasPadam