Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

irfan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

bintang

~~i follo uu~~

Rabu, 25 April 2012

~~Manfaat Buah Kurma~~

Salam

ai ni sekarang kalu duk checking kat klinik hgb darah asik turun jek..da 3 kali pergi ni..same jek kes nyer...sampaikan doc tu suh ai amik darah takut ai ade anemia..the rest sumer ok xde masalah....

so bile ai jenjalan melawat blog kengkawan...ai terbaca la pasal info ni sangat membantu...sememangnya ai xamalkan makan buah kurma ni...ai makan  buah kismis jek...heheh..so rutin terbaru ai nak amalkan makan buah kurma ni la....mane taw...hgb darah akan meningkat..al maklumla...usia pun da meningkat..so bersedialah dengan masalah yang akan melanda....prevention is better than cure..kan..kan...kan...

btw ini in4 yang ai nak share sesamer yer... ai minta dengan izin dari pemilik blog ini....jom sama2 amik manfaatnya...


Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Adalah amat baik sekali jika wanita yang hamil mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur’an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Manfaat Kurma:
a) Tenaga Serta-merta
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih.
Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga.
Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
b) Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar.
Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.
c) Menguatkan Ingatan
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
d) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
e) Meredakan Tekanan Darah
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
f) Menambah Tenaga Seksual
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.
Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
kurma wanita hamil
Sesunguhnya, kurma sangat diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh.
Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.



DONE...ADIOS...AMIGOS



 

Jumaat, 20 April 2012

~~Mak Sentap Nak~~

Salam


orang selalu kata..preegy women ni kadang moody...kadang okay...so it depends pada keadaan die dalam sehari tu...samer la ngan mak ni haaa....mak ni haa...ade masa..happy giler....gelak xhengat donia....kadang pulak muncung jek....xde ribut ..xde taufan...menonong saje....



entahler sampai bile la keadaan ni weyhhh...pening mak ni haaa..sebenarnya ni cerita last week ag ni..saje nk tulis kat sini...mana taw..esok2...bile da lupa..buleh remind balik...heeee.....


hari tu..mak ni minta tolong ngn incik suami...ai cakap leklok..yang..tolong potongkan kuku kaki ni haaa....ai da xsampai..al maklumla..ade blocking...(hahahahha..)..die buat bodoh jek..tgk lagi bola...so ai ni mmg jenis..kalu minta tolong ke...nak suruh tu..ai nak dan2 tu juga die tolong...jgn lengah2...ai xsuka....tp inilah laki ko ap oi..kalu da tgk bola...ko baik duk tepi diam2 sudey!!!



1 hal...mak pendam juga....xlayan sgt la...pas tu..ade kes hari tu...yang mak jatuh tergelincir kat tandas tu..kaki mak bengkak uuuu....paras buku lali tu...tang tu..mak urut sendiri...letak ubat sendiri..esoknya pula...dr pangkal paha pula yang sakit..da la mak jalan nak menyenget..kalu org nampak dan xtaw mak jatuh..mesti da fikir yang bukan2 kot...tu pun mak minta tolong sapukan ubat...xjalan juga..mak sentap la...nak nanges pun ader...geram pon ader..panas hati mak taw...hai la hati...bawalah bersabar


geram...tapi xley kutuk lebey2...xbua Syurga kang...:)


DONE...ADIOS...AMIGOS....


 

Khamis, 19 April 2012

~~A Week Without Him~~

Salam....


da hampir seminggu our man xda di rumah...meninggalkan umairah n mamanya..hehehe..atas urusan kerje yer uols....bukan suka suki berjalan2 tuk negara...:D


ai??ai ok jek...xde hal....da biasa kene tinggal..benarlah pepatah lama..sayangkan isteri..tinggal2kan....huwarghhhh.....(meraung dlm hati)


so...setiap kali nak berangkat outstation...c abah sekarang ni kena bagi taw ngan c anak dulu taw...kena cakap awal2...abah kerja esok taw...abah blah..blah...xbalik barang seminggu...abah tido blah..blah...bagi anak faham..n ingat dulu....sebab kalu x macam tu...c umairah ni akan keep going tanya...abah die pg mana??jam brapa nak balik??dengan siapa??mengalah ai sebagai isteri pulak...wahahaha...


siap asben ai sound ai....umairah ni sebijik macam u taw...eh...eh.....please la....anak ai...of kos la....xkn la pula nak ikut gaya kaka jual sayur kat gerai depan tu...peliks kan!!!


da hari keempat ni...asal telefon ai bunyi...laju jek c umairah tangkap dulu...macam die pula yang bercinta ngan abah die....pung..pang..pung..pang...dulu ngan abah..bila abah tanya...bagi kat mama..abah nk cakap...then barula sampai turn ai..kalu idak...memang sampai ke sudah la ai xsempat nak cakap.....begitulah anak dara ai ...yang belum baligh lagi tu..tp da xpakai pampers taw...muehehehhe (eleh....itu pun nak cerita kat blog kew) xpe....untuk kenangan di masa depan anak ai juga....



memandangkan our man xda di rumah....kami anak beranak mengisytiharkan diet...wahahahha...kami xmakan nasik..kami makan buah2an tempatan ngan import jek....poyos kan!!


 feveret umairah yang ade kat tengah..selebihnya....perabis kat mama!!




zoom in cikit



DONE...ADIOS...AMIGOS...



 

 

Rabu, 18 April 2012

~~Mimpi Buruk~~

Salam


ai kan da 2 hari berturut-turut ai mimpi buruk...mimpi yang ai rasa sangat teruk la..sebelum ni ai dengar jek cerita orang...skrg ni terkena pulak kat batang hidung sendirik....



nak taw mimpi aper??



ai bermimpi ade hantu nak amik anak dalam perut ai ni....huishhhh...simpang malaikat 44.....setiap kali terbangun..ai terus godek2 perut ai..masih ade kew...kew betul da xder..... bile ai ceritakan kat asben ai..die kate..mainan tidor jek tu..ntah ler...ai macam xpercaya mimpi ai ni mainan tidor....


well....kat dalam dunia ni...bukan kite jek makhluk ciptaan Allah kan..ada banyak lagi..ai risau..n takut..kot2 ai or asben ai..or else c kaka umairah ada buat sumthing kew pada makhluk yang tidak kelihatan dengan mata kasar ni....


da la minggu ni asben ai xde kat uma...die outstation sampai sabtu. sebelum ni ai  bukanla spesies penakut tapi skrg ni macam ade perasaan lain macam pulak dek kerana mimpi tu...dalam mimpi ai tu..seolah2 menyatakan yang rumah kami tu xbaik..tp ai sangat berkeras mengatakan yang rumah kami tu elok bebenor jek...sebab da nk dekat setahun ai duk sana....xde bende pun...(btw...ini yang semangat ai kate pada makhluk yang hadir dlm mimpi tu)

pernah pada 1 malam tu..asben ai kate..ai mengigil..masa tu die tengah peluk ai....die cem terkejut n lepaskan pelukan...pas tu die tanya ai...pesal ngan ayang??ai geleng jek...(sebenarnya masa tu ai rasa ai tgh bermimpi..ai tgh melarikan diri dari sumting yang ai assume sebagai hantu..ai dikelilingi oleh api...n ai nak lari)


may be uols rasa mimpi ai ni macam kebudak2an...or else macam org tgh ketakutan pas tgk cerita hantu..tp sebenarnya idak...ai sejak preegy ni..mata slalu jek pejam awal....kadang2..masa nak tidorkan umairah...ai lagi awal lelap dari die.....rasanya skrg ni..jadual tidur kami berdua kul 8.30 - 9.00 pm...paling lewat pun kul 9.30..itu masa weekdays la..kalu weekend..depends pada rancangan yang menarik perhatian.....


pada mulanya..ai buat2 xtaw jek ngan mimpi2 tu..tapi bile da kerap sangat n kemuncak pada mimpi yang nak amik anak ai ni..ai cem jadi xkeruan...xtaw nk cerita kat siapa...cerita kat laki..sah2 die xlayan...huh.....


sabar jeklah ap hasnida 



DONE...ADIOS...AMIGOS...



  

Jumaat, 13 April 2012

~~Kena Potong Pun Marah~~

Salam...


salam hari jumaat...ai biasanya kalu hari jumaat ni ai balik rumah...kebetulan hari ni asben pun balik juga...so masak2 seperti biasa..pas hubby balik dari semayang jemaat kami be2 lunch la ape yang ai masak td...



so da lepas makan tu...amik desert pulak..makan buah2 dalam peti ais tu..habeskan mana yang patut...dan2 asben ai sound...yang da nak dekat kul 2 ni..siap la..nak masuk opis...


ai saja lengah2kan masa memandangkan bos2 besar xda hari ni...mueheheh..ai kate..xpe la...ayang g la dulu...ai gerak kemudian...muehehehhe....


selesai...die da gerak....dalam 5 minit ai pun gerak la.....xsedar kat tengah jalan...terserempak pulak kami due ni...muehehhehe...ai hon la...nak tegur laki sendirik kan..tet..tet...sambil ai senyum...:)




bile da sampai opis..ai call die...pesan suh belikan umairah buah...ai cakap leklok..taw die jawab aper dulu??

napa bawa kete laju2...ai bawa 90km/j pun u boleh kejar...ai mcm erk!!!


biasa jek yang..kebetulan jalan xsesak...so sebab tu ai terpintas u td tu..kalu x..xjuga kot....


muehehhehe...begitu lah cerita hari ni....



DONE...ADIOS...AMIGOS



 
 

Rabu, 4 April 2012

~~Dermaveen Shampoo~~

Salam


Well last month ai kuar opis kul 5.30..huhuk...dan sepanjang tempoh tu 3 kali ekzema umairah keluar kat badan..panas hati juga mak nyer  ni...huhuk..mana tak panas...sian taw kat anak ai tu....sebulan uuu..ai terpaksa biarkan die balik lewat sebab terpaksa ikut jadual opis ai...



so dipendekkan cerita...hari sabtu lepas bawa die g review doc...sebab atas kulit kepala uamirah macam da xboleh ai nk lawan da...ai rajin bersihkan kepala die...tp even bile da shampoo n letak losyen pun...masih serupa juga macam kita belum treat...alahai...macam nk putus harapan da ai.....



 
so doc umairah suggest kami gunakan Dermaveen Shampoo ni...alhamdulillah da dlm seminggu ni..nampak macam da ada perubahan la..syukur.mudah2an hilang la terus....sian kat umairah...xboleh nk berpanjang rambut macam dulu da.....


btw ini die shampoo tu
 



long time ago...sweet jek ngan sanggul 2....skrg ni..alahai...xpe la nak...yang penting kamu sihat walafiat.....



DONE...ADIOS...AMIGOS