Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

irfan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

bintang

~~i follo uu~~

Selasa, 4 Jun 2013

~~Happy Hour~~

Salam


Lamanya ai menyepi...nasib blog ni belum bersawang lagi..kui..kui...kui..

Lately masa ai banyak habiskan dengan membaca novel...berbuku-buku ai baca...macam-macam tajuk ..lagipun trend sekarang ni kebanyakan drama melayu semua adaptasi daripada novel...ape lagi semakin memuncak lagi nafsu nak membaca tu...(^_^)


perkembangan anak-anak pun sangat memberangsangkan.Irfan almost 10 bulan..in shaa Allah. Si kakak pun da semakin besar, da boleh tolak ansur kalu ai cakap...xdela macam dulu asyik nak marah jek kalu kita sekat kemahuan dia...alhamdulillah..


Irfan ni kuat sangat merajuk..kena tinggal sekejap merajuk..hentak2 kaki, hentak kepala kat walker...die ingat kalu injured kepala tu ade jual kat giant kot.....senang mama dia nak tukar ganti...ekekekkeke...anak bertuah sungguh!!


musim cuti ni umairah request nak g legoland...kalu dekat nak mama da bawa da...tapi ni kena naik flite bagai...pas tu kena amik cuti...hurm..tunggula sayang mama atur cuti mama, tiket flite semua ada rezeki kita pergi la..lagipun sian kat adik irfan masih kecik...



ni ada beberapa pic ai nak kongsikan...ade juga yang da upload kat ig..














DONE...ADIOS...AMIGOS



Jumaat, 1 Februari 2013

~~Miracle Irfan~~

Salam


Setelah hampir 6 bulan memendam rasa, akhirnya saya teringin untuk berkongsi cerita pasal Miracle Baby " Ahmad Irfan Syahmi".  Anak yang sangat tabah mental dan fizikalnya.

Cerita kami ini adalah  rentetan daripada cerita ini (kalu rajin bacalah juga). Irfan adalah anak yang lahir dengan occipital encephalocele, keadaan di mana terdapat ketumbuhan luar biasa yang berlaku pada anggota badannya.  Biasanya keadaan ni selalu berlaku pada kepala, hidung, atas bontot tetapi nama saintifik bagi setiap permasalahan tu pun berbeza.  Bagi kes Irfan ketumbuhan di kepala yang mana lebih besar dari kepalanya sendiri.


Pada mulanya selepas mengetahui keadaan yang berlaku pada Irfan, saya terkejut dan masih mengharap keajaiban akan berlaku.  Doktor mengesyaki Irfan mungkin akan menjadi anak yang cacat, jangka hidup yang pendek, dan pelbagai masalah lain.  Namun, sebagai manusia biasa itu hanyalah teori seorang doktor melalui pengalaman dan pembacaan mereka.  Saya tetap berpegang teguh kepada kebesaran Allah, Dia Maha Mengetahui akan setiap kejadian yang berlaku.


 
 Irfan lahir dengan keadaan sebegini. Dia terus dikejarkan ke unit rawatan rapi selepas dilahirkan.  Saya hanya melihat dan berjumpa Irfan pada hari ketiga. Perasaan saya masa tu toksah cakaplah, semua rasa ada macam ikan tiga rasa pun ada.  Lebih kurang 2 minggu Irfan admit dan dibenarkan pulang sehari sebelum sambutan hari raya Aidilfitri.  Berada dirumah saya teruskan penjagaan Irfan seperti biasa, cuma saya sangat utamakan keadaan kepala Irfan.  Mujur ada ubat yang dibekalkan untuk disapu pada bekas jahitan supaya luka mudah kering dan  pulih.



Bulan pertama dan kedua bersama Irfan , mama tiada sebarang masalah bersama Irfan.  Dia memang seorang yang kental semangatnya.  Jarang merengek kecuali lapar. Irfan hanya breastfeeding selama sebulan, mama kecewa sangat sebab mama lebih seronok kalu Irfan menyusu direct dengan mama.   Soal penjagaan Irfan tiada sebarang perbezaan dengan kanak-kanak normal yang lain.  Menyusu, mandi, tidur, bermain, bawa Irfan ke hulu ke hilir semua mudah.  Imunisasi dengan klinik berjalan seperti biasa, Irfan dapat semua suntikan mengikut pertambahan usianya.


 ni time lapar okeh!!





 seksi oke..Irfan da mandi


semua part gebuuu!!



muka kami sepesen taw....ai fotostat jek ni


Review dengan doktor pakar neuro dan pediatrik 3 bulan sekali.  Temujanji pertama bersama pakar  Disember tahun lepas, masa tu Irfan dan 3 bulan.  Sangat aktif bermain, boleh mengerakkan semua anggota badan, boleh mendengar, boleh melihat, doktor tidak beri komen yang banyak.  Doktor cakap perkembangan Irfan sangat baik. Mudah-mudahan berterusan seperti biasa.  


Bulan Januari lepas, neuro klinik minta Irfan buat MRI scan.  Irfan kena admit 2 hari. Masa ni bermulalah  rasa penderitaan perasaan mama terhadap kesakitan yang Irfan terpaksa tanggung.  Sebelah petang hari pertama admit doktor cuba set line pada jari Irfan.  Irfan meraung sekuat hati, tapi hasilnya memang tiada langsung.  Keadaan ni berterusan sehingga hari esoknya. Pihak klinik kena cari line urat sebab mri scan Irfan contrast.  Kena masukkan cecair untuk kita lihat perbezaannya dengan lebih jelas.But still, masih xboleh sebabnya tangan anak mama sangat chubby. Susah nak cari urat...kikikiki!!Akhirnya kita buat scan without contrast due to unable to set the line....dan masa ni Irfan da diberikan ubat tidur sebelum nak lakukan MRI.


ini muka happy masa admit wad....



duduk wad macam kat umah sendirik...1 family kami angkut!! :P





Kesian anak mama..lunyai jek mama tengok. tidak bermaya langsung. Ini masih ada kesan ubat tidur.  Hasil selepas ujian MRI mendapati otak Irfan sangat baik keadaannya, membesar tiada pendarahan tiada lebihan air. Mengetahui keadaan ini membuatkan air mata mama menitik tanda syukur.  Temujanji kita seterusnya doktor dah bagi jarak jauh sikit sebab menurut doktor Irfan sangat cergas, aktif, tidak memberi respon yang negetif tetapi pemantauan masih diteruskan dari masa ke masa.  Mengetahui perkara ini membuatkan hati mama berbunga-bunga, tiada kata yang mampu mama lafazkan melainkan sujud syukur atas kebesaran Ilahi.


Kawan-kawan mama yang tahu cerita semua kata mama sangat bijak menyembunyikan rahsia kita..kata mama sangat tabah tapi pada mama Irfan adalah inspirasi mama untuk menjadi semakin kuat dan tabah.  Nasihat mama pada ibu-ibu lain, jagalah amanah Allah ini dengan sebaik mungkin dari dalam kandungan lagi. Jangan merungut apabila diuji kerana kita tidak tahu hikmah yang Allah sediakan untuk kita.


DONE...ADIOS...AMIGOS