Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

irfan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

bintang

~~i follo uu~~

Selasa, 4 Jun 2013

~~Happy Hour~~

Salam


Lamanya ai menyepi...nasib blog ni belum bersawang lagi..kui..kui...kui..

Lately masa ai banyak habiskan dengan membaca novel...berbuku-buku ai baca...macam-macam tajuk ..lagipun trend sekarang ni kebanyakan drama melayu semua adaptasi daripada novel...ape lagi semakin memuncak lagi nafsu nak membaca tu...(^_^)


perkembangan anak-anak pun sangat memberangsangkan.Irfan almost 10 bulan..in shaa Allah. Si kakak pun da semakin besar, da boleh tolak ansur kalu ai cakap...xdela macam dulu asyik nak marah jek kalu kita sekat kemahuan dia...alhamdulillah..


Irfan ni kuat sangat merajuk..kena tinggal sekejap merajuk..hentak2 kaki, hentak kepala kat walker...die ingat kalu injured kepala tu ade jual kat giant kot.....senang mama dia nak tukar ganti...ekekekkeke...anak bertuah sungguh!!


musim cuti ni umairah request nak g legoland...kalu dekat nak mama da bawa da...tapi ni kena naik flite bagai...pas tu kena amik cuti...hurm..tunggula sayang mama atur cuti mama, tiket flite semua ada rezeki kita pergi la..lagipun sian kat adik irfan masih kecik...



ni ada beberapa pic ai nak kongsikan...ade juga yang da upload kat ig..














DONE...ADIOS...AMIGOS



Jumaat, 1 Februari 2013

~~Miracle Irfan~~

Salam


Setelah hampir 6 bulan memendam rasa, akhirnya saya teringin untuk berkongsi cerita pasal Miracle Baby " Ahmad Irfan Syahmi".  Anak yang sangat tabah mental dan fizikalnya.

Cerita kami ini adalah  rentetan daripada cerita ini (kalu rajin bacalah juga). Irfan adalah anak yang lahir dengan occipital encephalocele, keadaan di mana terdapat ketumbuhan luar biasa yang berlaku pada anggota badannya.  Biasanya keadaan ni selalu berlaku pada kepala, hidung, atas bontot tetapi nama saintifik bagi setiap permasalahan tu pun berbeza.  Bagi kes Irfan ketumbuhan di kepala yang mana lebih besar dari kepalanya sendiri.


Pada mulanya selepas mengetahui keadaan yang berlaku pada Irfan, saya terkejut dan masih mengharap keajaiban akan berlaku.  Doktor mengesyaki Irfan mungkin akan menjadi anak yang cacat, jangka hidup yang pendek, dan pelbagai masalah lain.  Namun, sebagai manusia biasa itu hanyalah teori seorang doktor melalui pengalaman dan pembacaan mereka.  Saya tetap berpegang teguh kepada kebesaran Allah, Dia Maha Mengetahui akan setiap kejadian yang berlaku.


 
 Irfan lahir dengan keadaan sebegini. Dia terus dikejarkan ke unit rawatan rapi selepas dilahirkan.  Saya hanya melihat dan berjumpa Irfan pada hari ketiga. Perasaan saya masa tu toksah cakaplah, semua rasa ada macam ikan tiga rasa pun ada.  Lebih kurang 2 minggu Irfan admit dan dibenarkan pulang sehari sebelum sambutan hari raya Aidilfitri.  Berada dirumah saya teruskan penjagaan Irfan seperti biasa, cuma saya sangat utamakan keadaan kepala Irfan.  Mujur ada ubat yang dibekalkan untuk disapu pada bekas jahitan supaya luka mudah kering dan  pulih.



Bulan pertama dan kedua bersama Irfan , mama tiada sebarang masalah bersama Irfan.  Dia memang seorang yang kental semangatnya.  Jarang merengek kecuali lapar. Irfan hanya breastfeeding selama sebulan, mama kecewa sangat sebab mama lebih seronok kalu Irfan menyusu direct dengan mama.   Soal penjagaan Irfan tiada sebarang perbezaan dengan kanak-kanak normal yang lain.  Menyusu, mandi, tidur, bermain, bawa Irfan ke hulu ke hilir semua mudah.  Imunisasi dengan klinik berjalan seperti biasa, Irfan dapat semua suntikan mengikut pertambahan usianya.


 ni time lapar okeh!!





 seksi oke..Irfan da mandi


semua part gebuuu!!



muka kami sepesen taw....ai fotostat jek ni


Review dengan doktor pakar neuro dan pediatrik 3 bulan sekali.  Temujanji pertama bersama pakar  Disember tahun lepas, masa tu Irfan dan 3 bulan.  Sangat aktif bermain, boleh mengerakkan semua anggota badan, boleh mendengar, boleh melihat, doktor tidak beri komen yang banyak.  Doktor cakap perkembangan Irfan sangat baik. Mudah-mudahan berterusan seperti biasa.  


Bulan Januari lepas, neuro klinik minta Irfan buat MRI scan.  Irfan kena admit 2 hari. Masa ni bermulalah  rasa penderitaan perasaan mama terhadap kesakitan yang Irfan terpaksa tanggung.  Sebelah petang hari pertama admit doktor cuba set line pada jari Irfan.  Irfan meraung sekuat hati, tapi hasilnya memang tiada langsung.  Keadaan ni berterusan sehingga hari esoknya. Pihak klinik kena cari line urat sebab mri scan Irfan contrast.  Kena masukkan cecair untuk kita lihat perbezaannya dengan lebih jelas.But still, masih xboleh sebabnya tangan anak mama sangat chubby. Susah nak cari urat...kikikiki!!Akhirnya kita buat scan without contrast due to unable to set the line....dan masa ni Irfan da diberikan ubat tidur sebelum nak lakukan MRI.


ini muka happy masa admit wad....



duduk wad macam kat umah sendirik...1 family kami angkut!! :P





Kesian anak mama..lunyai jek mama tengok. tidak bermaya langsung. Ini masih ada kesan ubat tidur.  Hasil selepas ujian MRI mendapati otak Irfan sangat baik keadaannya, membesar tiada pendarahan tiada lebihan air. Mengetahui keadaan ini membuatkan air mata mama menitik tanda syukur.  Temujanji kita seterusnya doktor dah bagi jarak jauh sikit sebab menurut doktor Irfan sangat cergas, aktif, tidak memberi respon yang negetif tetapi pemantauan masih diteruskan dari masa ke masa.  Mengetahui perkara ini membuatkan hati mama berbunga-bunga, tiada kata yang mampu mama lafazkan melainkan sujud syukur atas kebesaran Ilahi.


Kawan-kawan mama yang tahu cerita semua kata mama sangat bijak menyembunyikan rahsia kita..kata mama sangat tabah tapi pada mama Irfan adalah inspirasi mama untuk menjadi semakin kuat dan tabah.  Nasihat mama pada ibu-ibu lain, jagalah amanah Allah ini dengan sebaik mungkin dari dalam kandungan lagi. Jangan merungut apabila diuji kerana kita tidak tahu hikmah yang Allah sediakan untuk kita.


DONE...ADIOS...AMIGOS


 

Isnin, 14 Januari 2013

~~Tanah Haram~~

Salam



Ya ALLAH cemburunya hatiku bila dengar opismate nak g umrah..in shaa ALLAH bulan februari ni...hurm...


weols da janji nak g samer2 tapi masa derang buat arrangment tu..ai kebetulan cuti bersalin....hurm...sedih yang amat...xpe la...mungkin bukan rezeki ai lagi....mudah2an satu hari nanti ai juga akan jadi tetamu ALLAH....



DONE...ADIOS...AMIGOS


Rabu, 9 Januari 2013

~~5 Months~~

Salam


semalam irfan da genap 5 bulan...well kene injection seketul kat peha....suara dia..toksah cakaplah memang besar sebab meraung sekuat hati....muehehehhe...



bibir da kaler itam nanges...ololololo...sian anak mama..sakit yer sayang..



seperti biasa rutin setiap kali kali berklinik..ukur tinggi...timbang berat...


tinggi - 62cm -----> ok!!good!!

berat - 6.305 kg -------> wooooo...xpuas hati..naik 100g saje..hurm..ini kalu da popo ni...boleh hilang 100g ni...muehehehhe...


tapi itulah..badan irfan pun nampak da menurun sikit...lengan ngan peha yang dulunya bam2 cet ni da kurang da...anak mak da slim..huwarghhhh...maknya xslim2 pun...ini tidak adil!!! :-P


may be irfan da nak mula merangkak kot..nak kurangkan berat badan....lagi pun irfan belum start makan...in shaa Allah next month yer sayang...mummy masak sedap2 untuk irfan...:))



 kaaannnn...c only 6.305



xmacho betuii anak mummy nanges....



hurm...itu jek la tuk hari ni...sebab mummy agak bz dalam sebulan ni...in shaa Allah ada kelapangan kite jumpa lagi yer...


daaa...


DONE...ADIOS...AMIGOS



 

 

Rabu, 12 Disember 2012

~~Twelve...Twelve...Twelve~~

Salam


What So Special for today??kat tuiter...kat facebook..kat instagram semua dok pakat post pasal 12.12.12....trending uols...


pada ai apa yang soo special pasal tarikh hari ni selain ianya cantik...adelar...my bam bam cet da pandai bertiarap tanpa bantuan ai secara rasminya...weewuuu!!!tahniah adik irfan!!


ingat lagi pagi tadi tengah mama dia siap2 nak g opis..sedang ai calit eye liner...ai terperasan..awat irfan da diam jek..xdgr suara pun...sekali ai turn back...huk aloh....anak ai da siap tiarap dengan muka happy kadar paling tinngi punyaaa...!!!


muahahahhaha....


congrates irfan syahmi!!weols love you!!


 yesterday punya pic...bosan menunggu turn ye dik!!




i think my dad is BATMAN~~> Irfan

4 months - 6.2 kg
                      - 60 cm


we have a same eyes..nose n mouth right??which is means he's MINE


P/S : Sorry kakak...sekarang ni irfan konker diary maya mama sekejap :-)


DONE...ADIOS...AMIGOS...


 

Selasa, 4 Disember 2012

~~Kelebihan VS Kekurangan~~

Salam


Firman Allah SWT




Sesungguhnya manusia itu dijadikan Allah Subhanahu Wataala dengan sebaik-baik kejadian. Sebagaimana firman-Nya dalam Surah At Tiin ayat 4 tafsirnya :



"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya".

Itulah di antara nikmat-nikmat kurniaan Allah Subhanahu Wataala kepada umat manusia yang hendaknya disyukuri dan dipelihara. Akan tetapi berapa banyakkah hambanya yang bersyukur dan berterima kasih terhadap nikmat yang telah dikurniakan Allah itu?. Kerana kita dapati ada sebilangan orang yang sanggup mengingkari nikmat Allah dengan melakukan kejahatan dan kemungkaran di muka bumi ini sedangkan tujuan Allah Subhanahu Wataala mencipta manusia adalah sebagai khalifah yang memakmurkan bumi dengan kebaikan dan ketaatan.


Sesungguhnya mensyukuri nikmat Allah itu adalah bukan merupakan perkara yang susah, sebenarnya ianya mudah untuk dilakukan. Dan Islam sendiri mengajarkan umatnya untuk bersyukur dengan berzikir dan bertahmid kepadanya, ataupun dengan mengerjakan sujud syukur pada bila-bila masa. Di samping itu, syukur boleh diterjemahkan dengan cara melakukan melalui kepatuhan dan ketaatan kita dalam melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-larangannya.


Aku bersyukur Ya Allah atas ujian Mu. Sesungguhnya ianya bukanlah satu kekurangan sebaliknya aku melihat ia sebagai satu kelebihan yang tiada pada orang lain.Ini adalah kekuatan aku untuk meneruskan hari-hari mendatang.


si cantik manis kesayangan mama!!




dan ini pula kelebihan mama yang tiada tolok bandingnya...

 
si comel yang pipi seakan kuih apam polka dot :-)


Memang menjadi sikap manusia yang mudah lupa daratan apabila diberi nikmat . Sebaliknya mereka menjadi berputus asa dan kecewa apabila nikmat itu ditarik oleh Allah s.w.t. Mereka tidak berfikir semua pemberian dan kehilangan nikmat itu adalah ujian daripada Allah.Namun akan kupastikan Ya Allah selagi nyawa dikandung badan tidak akan aku menyerah dan berputus asa dalam setiap kejadian.  Aku hanya mampu merancang untuk masa depan akan tetapi perancangan Mu jua yang terbaik.


Sujud syukur Ya Allah kerana aku sudah punya sepasang permata.  Harapan ku biarlah permata ini terus bersinar seindah sinaran pelangi Mu!!




DONE...ADIOS...AMIGOS...

Isnin, 26 November 2012

~~Cerita Kami~~

Salam


Tulisan ini buat tatapan anak-anak mama...mungkin satu hari nanti mama tidak punya kesempatan untuk bercerita.Mama seringkali cakap..Umairah adalah anak yang mama puja2...sampai bila pun mama xpernah berhenti untuk berkata begitu....& irfan adalah anak kesayangan mama!!!


Mama punya pengalaman yang sangat berbeza selama mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kamu berdua.Mungkin betul kata orang tua2, berbeza anak lelaki dan perempuan.Mama setuju part tu...Mama tidak punya alahan semasa mengandungkan umairah..sangat teruja dan seronok....mama xpernah skip minum susu...ubat tu memang kekadang skip la...muahahahha...mungkin sebab mama terlupa o memang mama buat2 lupa...

Tapi pengalaman bersama irfan pula buat mama rasa nak pencen awal jek...wakakakka....cepat sangat mama putus asa kan...mama ada alahan..muntah2...n mama xboleh minum susu langsung...dan perkara itu yang mama sangat sesali seumur hidup mama...kalu mama boleh ulang semula saat2 mengandungkan irfan...mama akan paksa juga minum susu..kalu itu yang terbaik buat irfan...


irfan sangat aktif dalam perut mama...termengah2 mama ke hulu hilir...muehehehe...opismate mama kata perut mama besarrr...sumer kata irfan lahir nanti pun besar juga...tapi langit tidak selalu cerah...apabila kandungan mama mencecah 36 minggu...doktor scan n nampak sumting pada kandungan mama....masa tu mama risau tapi mama berharap semoga semuanya baik2 belaka.


Sehari selepas tu, doc refer kes mama pada pakar sakit puan..mama berharap sangat mama yang sakit dan bukan malaikat kecil mama...tapi keputusan meleset.doc kata anak mama yang ada problem..masa tu doc ada terangkan semua pada mama...mungkin irfan tidak sempurna seperti orang lain...atau mungkin irfan tidak punya masa yang panjang bersama mama...mama terima dengan redha semua ketentuan ini...mama tidak menitikkan air mata pun bila mana doc cakap macam tu...

perancangan pihak hospital pakar untuk buat czer keluarkan irfan pada 9 Ogos 2012 tapi perancangan Allah lagi cantik..irfan selamat dilahirkan pada 8 Ogos 2012, 5.08 subuh, hari Rabu...sepanjang tempoh peralihan sebelum masuk dewan bedah..mulut mama terkumat kamit memohon pertolongan Allah..semoga Allah permudahkan perjalanan kita berdua...Alhamdulillah..mama bersyukur kerana mama tidak merasakan sebarang kesakitan masa tu...ubat yang mama minum semua terasa manis..



bila mama sedar..orang pertama mama tengok abah.mama tanya abah...irfan sihat?irfan ok?irfan selamat??dan abah cuma mengangguk2 kepala.6 jam selepas operation mama tidak sedar,mama cuma tidur sepanjang masa sebab kesan ubat bius masih terasa..mama jumpa irfan selepas 2 hari mama lahirkan irfan..itupun selepas irfan keluar dari dewan bedah...detik pertama kali mama tatap wajah irfan sangat menyentuh perasaan mama...mama tidak boleh sentuh irfan...mama teringin sangat mengucup pipi gebu irfan saat ini..

        

mama admit lagi sehari sebelum dibenarkan pulang...hari keempat berpantang mama dibenarkan pulang tapi kepulangan mama tanpa irfan...ifran masih warded at least 2 minggu untuk stand by ubat....sebelum discharge wad..mama pergi melawat irfan..masa ni tangisan mama sukar dikawal....dengan wayar berselirat di kiri dan kanan tangan irfan..tapi yang lebih menyedihkan ifran menyusu dengan bantuan hos.hos yang dimasukkan terus ke dalam perut irfan....meraung2 irfan menangis dan mama faham irfan sakit bila diperlakukan seperti itu...tapi mama cuma boleh melihat tanpa dapat membuat apa2 pun....


seminggu mama ulang alik dari rumah ke hospital untuk breast feeding irfan...heheheh..mama seakan lupa mama baru lepas bersalin...alhamdulillah masa ni abah masih bercuti...kalu tidak memang mama terpaksa drive sendiri sayang...mama macam super Mak kannn!!

setelah 10  hari kita berkampung di hospital..akhirnya...doc benarkan irfan pulang...sebab menurut doc keadaan irfan sangat baik...menyusu dengan baik...bo + pu lawas...menangis ok..bahagiannya mama!!kita berhari raya di rumah....


Mulai detik itu sehingga ke hari ini irfan membesar sebagai seorang juara...irfan berjaya melawan semua kesakitan dan keperitan...sehingga saat mama menulis cerita kita ini..irfan sudah mulai untuk bertiarap...mama sangat bersyukur dengan kehadiran irfan sebagai pelengkap keluarga kita...dari kecil sehingga sekarang  mama tidak pernah merasa susah atau payah membesarkan irfan...Ahmad Irfan Syahmi sememangnya malaikat kecil  yang sempurna  buat mama!!!


 

~~Alhamdulillah~~

Salam



Syukur Ya Allah atas kurniaan-Mu...Kau peliharalah kesihatan anak kecil ini...Jauhkanlah dia dari sebarang penyakit berbahaya...Kau berikanlah kelebihan sepertimana Kau berikan kepada kanak-kanak lain..Semoga dia terus menyinar dan membesar sebagai seorang anak yang berbakti kepada Mu dan kedua orang tuanya...



My Dear Ahmad Irfan Syahmi








DONE...ADIOS...AMIGOS...




  

Isnin, 3 September 2012

~~Alhamdulillah~~

Salam. 

Hari ke 25 berpantang.syukur alhamdulillah segalanya dipermudahkan.  A
i n si kecil sihat.dating terbaru pada 26 September n 6 november.nak taw perkembangan terbaru kena tunggu laporan masa dating nanti la



DONE...ADIOS...AMIGOS

Jumaat, 3 Ogos 2012

~~Hadiah Ne~~

Salam


Nak ucap tq sooo much buat Alif Ismail atas pemberian doodle yang sangat chomel itew.....me likey!!!


TQ...TQ...TQ...





tapi yang ni ai print screen jek..tecik...nak tgk yang besar...kat sini...chomel..(*_*)



DONE...ADIOS...AMIGOS


 

Selasa, 31 Julai 2012

~~Cerita Tadi~~

Salam


Ini cerita ai g klinik buat check up adik....huhuu....nampaknya semua berjalan dengan lancar...mommy xda sebarang masalah..alhamdulillah..baby pun sihat ok...sangat aktif bergerak ke sana ke mari....hurm...even puasa pun adik sangat kuat....al maklumlah..anak lelaki...tenaganya memang melebihi anak perempuan kan..kan...kan...


next week sebelum warded ada lagi 1 sesi berklinik...walawei malasnya mau pegi berklinik....hurm...tp ape boleh buat...da depa suru...g jek la....bukan buat ape pun...check up adik jek ngan mama...:)


alhamdulillah hari ni mama sangat senang hati...mama pun xtaw sebab apa....mama macam da xteringat akan ape yang doktor tu kata pada mama seminggu yang lepas adik....mama sangat ikhlas dan redha menunggu dan menerima kehadiran adik....hati mama sangat lapang sekarang ni...agaknya Allah da terima doa mama kan??!!mudah2an ..insyALLAH.....semoga semuanya selamat adik...



bos2 mama pun kata mama xmacam orang yang punya masalah...well..well...xkanlah pula mama nak meraung g opis kan adik...xpasal2 orang kata mama giler..ye dak....sakit mental ke hape ka??muehehhehe....

~~orang tengok luaran kita kata kita ni happy, ceria, riang ria hati gumbira...tetapi disebalik setiap senyum dan tawa kita orang xtaw yang kita menyimpan 1001 kedukaan dan kerisauan didalamnya~~


DONE...ADIOS...AMIGOS



Isnin, 30 Julai 2012

~~Titipan Buat Anakanda Kedua~~

Salam


Titipan khas  buat anakanda kedua mama ..ekceli anak teruna mama...:)
3 tahun lepas mama menyambut kelahiran kakak maira dengan perasaan sangat teruja...lama mama tunggu kehadiran penyeri rumah tangga mama ngan abah sayang..tapi tidaklah kata bertahun mama mau tunggu...at least ada waktu-waktu yang mama rasa sangat sunyi sebab tidak kedengaran suara comel kanak-kanak merenggek....hurm..alhamdulillah dengan kelahiran kakak maira...riuh rumah dengan suara pekik jerit tangisan dia sayang...

ini bila mood kakak tengah baik....
 

Syukur ke hadrat Allah...mama punya rezeki untuk hamil sekali lagi....mama pun xsangka akan hamil lagi...tapi mama memang xmerancang pun...kalu cepat rezeki Allah bagi mama terima seadanya...alhamdulillah..seminggu selepas hari lahir kakak maira...mama buat check up sendiri..dan hasilnya positif....mama senyum sampai telinga....btw abah yang paling seronok...abah ulang2 tengok alat penguji kehamilan mama...


Adik dalam kandungan mama sangat aktif....suka bergerak ke sana ke mari..kadang2 mama yang x tahan ikut rentak adik...slalu mama pesan...duduk dalam dendiam....jangan aktif sangat..sian taw dekat mama....mama juga slalu mengadu2 manja ngan kakak maira...hurm...masa tu mulala mulut kakak maira bebel...siap usap2 perut mama...pesan kat adik suh dendiam....kakak maira sayang sama adik taw....kakak rajin bawa adik cerita2...kakak slalu cium perut mama..kengkonon cium adik la tu....sampai pada satu tahap bila  perut mama da menjangkau 35 minggu...da perut boyot...kakak slalu sound mama...suh keluarkan adik....hurm...kakak bosan...kakak xda kawan main...besar sangat harapan kakak untuk tengok adik n bawa adik main sama-sama....

kasih sayang kakak buat adik




adik boleh bisik ke telinga mama..ape benda dalam bulatan besar tu adik??mama risau kalu jadi apa2 pada adik??

ini gambar scan adik...mama sebenarnya xreti sayang tengok gambar scan macam ni...tapi pic scan ni meninggalkan 1001 kenangan manis dan duka buat mama....insyAllah tarikh 9 Ogos 2012 adalah tarikh keramat buat kita berdua...mama berdoa semoga adik dan mama sama2 berjuang untuk mengharungi segala kesulitan yang mungkin timbul semasa dan selepas tarikh ini sayang.....dalam masa yang sama mama juga sedih untuk tinggalkan kakak sendirian di rumah...kakak sejak 2 menjak ni manja kemain..tidur mau berpeluk ngan mama...ngan abah kakak xmau...kakak cakap abah bau busuk....(*_*)...muehehehhe...ntahla..mama pun nda pasti..lama uda rasanya mama nda cium abah...:P



mama berdoa semoga semua yang doktor ceritakan pada mama tentang KITA hanyalah satu coretan di atas pasir yang akan hilang  bila air pantai membasahinya adik....esok kita ada appointment lagi...adik kalu boleh hilangkan benda tu ok...jangan sorok..buang terus yer adik!!!
 



mama harap ini bukan catatan terakhir mama tulis buat tatapan anak2 mama...mama berdoa semoga pembedahan kita berjaya adik....mama sayang anak2 mama...kakak adalah anak yang mama puja-puja...adik pula anak mama yang istimewa....buat abah..tolong jaga mama dengan sebaik mungkin selepas ni..insyAllah!!!! 


DONE...ADIOS...AMIGOS...