Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

irfan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

bintang

~~i follo uu~~

Selasa, 4 Disember 2012

~~Kelebihan VS Kekurangan~~

Salam


Firman Allah SWT




Sesungguhnya manusia itu dijadikan Allah Subhanahu Wataala dengan sebaik-baik kejadian. Sebagaimana firman-Nya dalam Surah At Tiin ayat 4 tafsirnya :



"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya".

Itulah di antara nikmat-nikmat kurniaan Allah Subhanahu Wataala kepada umat manusia yang hendaknya disyukuri dan dipelihara. Akan tetapi berapa banyakkah hambanya yang bersyukur dan berterima kasih terhadap nikmat yang telah dikurniakan Allah itu?. Kerana kita dapati ada sebilangan orang yang sanggup mengingkari nikmat Allah dengan melakukan kejahatan dan kemungkaran di muka bumi ini sedangkan tujuan Allah Subhanahu Wataala mencipta manusia adalah sebagai khalifah yang memakmurkan bumi dengan kebaikan dan ketaatan.


Sesungguhnya mensyukuri nikmat Allah itu adalah bukan merupakan perkara yang susah, sebenarnya ianya mudah untuk dilakukan. Dan Islam sendiri mengajarkan umatnya untuk bersyukur dengan berzikir dan bertahmid kepadanya, ataupun dengan mengerjakan sujud syukur pada bila-bila masa. Di samping itu, syukur boleh diterjemahkan dengan cara melakukan melalui kepatuhan dan ketaatan kita dalam melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-larangannya.


Aku bersyukur Ya Allah atas ujian Mu. Sesungguhnya ianya bukanlah satu kekurangan sebaliknya aku melihat ia sebagai satu kelebihan yang tiada pada orang lain.Ini adalah kekuatan aku untuk meneruskan hari-hari mendatang.


si cantik manis kesayangan mama!!




dan ini pula kelebihan mama yang tiada tolok bandingnya...

 
si comel yang pipi seakan kuih apam polka dot :-)


Memang menjadi sikap manusia yang mudah lupa daratan apabila diberi nikmat . Sebaliknya mereka menjadi berputus asa dan kecewa apabila nikmat itu ditarik oleh Allah s.w.t. Mereka tidak berfikir semua pemberian dan kehilangan nikmat itu adalah ujian daripada Allah.Namun akan kupastikan Ya Allah selagi nyawa dikandung badan tidak akan aku menyerah dan berputus asa dalam setiap kejadian.  Aku hanya mampu merancang untuk masa depan akan tetapi perancangan Mu jua yang terbaik.


Sujud syukur Ya Allah kerana aku sudah punya sepasang permata.  Harapan ku biarlah permata ini terus bersinar seindah sinaran pelangi Mu!!




DONE...ADIOS...AMIGOS...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

~~Terima Kasih Daun Keladi~~
**Kalau Sudi Komenlah Lagi**