Salam
Firman Allah SWT
Sesungguhnya manusia itu dijadikan Allah Subhanahu Wataala dengan
sebaik-baik kejadian. Sebagaimana firman-Nya dalam Surah At Tiin ayat 4
tafsirnya :
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya".
Itulah
di antara nikmat-nikmat kurniaan Allah Subhanahu Wataala kepada umat
manusia yang hendaknya disyukuri dan dipelihara. Akan tetapi berapa
banyakkah hambanya yang bersyukur dan berterima kasih terhadap nikmat
yang telah dikurniakan Allah itu?. Kerana kita dapati ada sebilangan
orang yang sanggup mengingkari nikmat Allah dengan melakukan kejahatan
dan kemungkaran di muka bumi ini sedangkan tujuan Allah Subhanahu
Wataala mencipta manusia adalah sebagai khalifah yang memakmurkan bumi
dengan kebaikan dan ketaatan.
Sesungguhnya mensyukuri nikmat Allah itu adalah bukan merupakan perkara
yang susah, sebenarnya ianya mudah untuk dilakukan. Dan Islam sendiri
mengajarkan umatnya untuk bersyukur dengan berzikir dan bertahmid
kepadanya, ataupun dengan mengerjakan sujud syukur pada bila-bila masa.
Di samping itu, syukur boleh diterjemahkan dengan cara melakukan melalui
kepatuhan dan ketaatan kita dalam melaksanakan perintah-perintah Allah
dan menjauhi larangan-larangannya.
Aku bersyukur Ya Allah atas ujian Mu. Sesungguhnya ianya bukanlah satu kekurangan sebaliknya aku melihat ia sebagai satu kelebihan yang tiada pada orang lain.Ini adalah kekuatan aku untuk meneruskan hari-hari mendatang.
si cantik manis kesayangan mama!!
dan ini pula kelebihan mama yang tiada tolok bandingnya...
si comel yang pipi seakan kuih apam polka dot :-)
Memang menjadi sikap manusia yang mudah lupa daratan apabila diberi
nikmat . Sebaliknya mereka menjadi berputus asa dan kecewa apabila
nikmat itu ditarik oleh Allah s.w.t. Mereka tidak berfikir semua
pemberian dan kehilangan nikmat itu adalah ujian daripada Allah.Namun akan kupastikan Ya Allah selagi nyawa dikandung badan tidak akan aku menyerah dan berputus asa dalam setiap kejadian. Aku hanya mampu merancang untuk masa depan akan tetapi perancangan Mu jua yang terbaik.
Sujud syukur Ya Allah kerana aku sudah punya sepasang permata. Harapan ku biarlah permata ini terus bersinar seindah sinaran pelangi Mu!!
DONE...ADIOS...AMIGOS...